Bunny Ibby: Patah Sayap ...

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Assalamualaikum to Muslim readers and Hi for a non-muslim Welcome to my blog. !


owner

My Fav

Contact Me

credits
12:09 PM | 0 Cloud(s)
Patah Sayap ...


Assalamualaikum Bunny , !! *gosok mata.


Tadi farah online facebook. Ada la terbaca status daripada kawan farah ni,orang yang dia sayang dah meninggal dunia sebabnya " Demam Denggi ". Takziah farah ucapkan. Walaupun farah tak kenal dia. Tapi status dia tu mengingatkan farah dekat Mr.K farah ni. Dia tak sembuh-sembuh lagi. :'(

Bila baca status dia,farah menangis. Risau,takut gelisah. Semua ada,dah berapa minggu dia tak contact farah. Dah la farah ni jauh daripada dia. Nak contact pun melalui laman sosial je. Farah tak tahu pape pun khabar daripada dia. Mesti semua orang akan cakap farah ni tak ambil berat pasal dia kan ?? Tak !! . Farah tak boleh nak buat apa-apa. Farah hanya mampu berdoa kepada Allah,agar dia sembuh dengan cepat.

" Awak, kalau boleh saya nak je duduk sebelah awak. Nak jaga awak. Nak tunggu awak sampai awak sembuh. tapi saya tak mampu. Terukkan saya ?? Saya tak boleh nak jaga awak masa awak sakit. Ya Allah,terukkan saya. Awak tahu,saya hari-hari online. Mana lah tahu awak online ke ?? . Semalam saya nampak awak online. Bila nak chat je awak dah offline. Kenapa ek ?? Saya mula pikir bukan-bukan. Tapi,saya harus tanamkan dalam hati saya agar takkan pikir benda-benda yang negatif lagi. Awak ! Awak nak tahu tak,tadi saya tengok movie,tiba-tiba saya nampak nama , " Mohamad " dekat ruangan tab facebook. Betapa gembiranya saya masa tu hanya Allah jela yang tahu. Tapi bila saya buka,rupa-rupanya orang lain. Sedih je hati ni. Awak ! Saya nak minta maaf sebab tak ada dekat sisi awak masa awak sakit. Saya tak mau kehilangan orang yang sayang untuk kali ke 3. Tahun ni tahun yang amat berat dugaannya bagi saya. Saya cuma mampu berdoa dari jauh agar awak cepat sembuh " 

Tahun ni membuatkan farah betul-betul rasa kehilangan. Rasa lemah je. Farah kehilangan 2 orang pak cik farah,yang dah jaga farah daripada kecil lagi,yang amat farah sayang. Pak cik lah puncanya farah berada di negeri orang ni. Bila dengan khabar mengena pak cik farah tu,diri farah rasa kosong. Sampaikan farah terpikir,nak berhenti belajar. Rasa macam sebelah sayap farah dah hilang. :'(

                       
         " Bulan itu jauh,tak tercapai oleh tangan. Awak pun jauh, saya cuma 
            mampu mendoakan awak dari jauh agar hati kita sentiasa dekat "

  *lap air mata. Time to sleep. Assalamualaikum.








0 Comments:


Post a Comment