Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
My Fav
Contact Me
credits
|
1:52 AM | 0 Cloud(s)
Kata-kata...
Rasa seronok pula hari ni. :) Sebab tadi ada event dekat institusi tempat farah belajar ni. Jumpa dengan akak-akak senior lepas tu,buat game. Best aktivitinya. Ia dapat mengeratkan silaturahim antara senior dan junior. Lepas daripada itu,kami,pelajar Tahun 1 buat la Halaqah. Cerita segala masalah-masalah dalam kelas atau sesama rakan. Suasananya memang sedih. Semua menangis. Tapi Alhamdulillah,dengan adanya Halaqah macam ni,kita dapat mengurangkan salah faham yang berlaku antara rakan-rakan kita. Macam-macam la masalah yang kami kongsi dan daripada situ farah dapat mempelajari sesuatu,iaitu Cara Percakapan kita. Tadi ada la seorang rakan farah ni. Dia minta maaf jika segala percakapan dia tu mengguris perasaan rakan-rakan di dalam kelas. Biasalah kita orang perempuan. Memang selalu cakap banyakkan. Kaddang-kadang kita tak perasaan yang kita boleh mengguriskan perasaan orang yang mendengar. Walaupun kita tak ada maksud apa-apa. Oleh itu,kita haruslah berhati-hati pabila bercakap. Walaupun bagi kita ianya mungkin lawak. Tapi tidak bagi orang lain. Sebab tu la ada pepatah yang mengatakan," Kerana Mulut Badan Binasa ". " Kerana Nila Setitik,Rosak Susu Sebelanga ". Jadi,farah nak beri sedikit nasihat kepada diri farah sendiri dan juga rakan-rakan farah. Berhati-hatilah bila berkata-kata. Tak semua kata-kata yang kita ungkapkan tu 100 % orang suka. Walaupun ianya sahabat kita sendiri. In Sya Allah. Farahpun akan cuba memperbaiki diri farah sendiri. Agar menuju ke arah kebaikan. In Sya Allah. Sekarang, time to sleep. Ngantuk plus penat. :). Tata Bunny, Assalamualaikum... |
0 Comments:
Post a Comment